FIMOS KIT
(Booth No. 38)
Rosemini Abdul
Salam
Zanariah Mat Isa
Nor Azizah Mohd Nor
Suzana Mohamed
IPG
Kampus Sultan Mizan
ABSTRAK
Kemahiran motor
halus adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak seawal persekolahan
lagi. Kemahiran motor halus merupakan
kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan
tangan dan jari-jari tangan. Kemahiran motor halus ini melibatkan koordinasi
pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan
koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus ini berkait rapat dengan
penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Kegagalan menguasai kemahiran ini
akan memberi impak kepada keyakinan diri
dan pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran motor halus melibatkan
aktiviti-aktiviti seperti membutang, menzip, menguntai, melipat, mengoyak dan
sebagainya. Justeru itu FiMos Kit digunakan bagi memberi latihan kemahiran
motor halus kepada kanak-kanak. FiMos Kit menggabungkan kemahiran motor halus
di dalam sebuah kotak yang mesra pengguna dan senang dibawa. FiMos Kit akan dapat
membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penguasaan kemahiran menulis. FiMos
Kit yang menarik dengan pelbagai aktiviti memberi keseronokan kepada
kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan