Khamis, 17 Oktober 2013

FiMos Kit..

FIMOS KIT
(Booth No. 38)

Rosemini Abdul Salam
Zanariah Mat Isa
Nor Azizah Mohd Nor
Suzana Mohamed
IPG Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK


Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak seawal persekolahan lagi.  Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan dan jari-jari tangan. Kemahiran motor halus ini melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus ini berkait rapat dengan penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan memberi impak  kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran motor halus melibatkan aktiviti-aktiviti seperti membutang, menzip, menguntai, melipat, mengoyak dan sebagainya. Justeru itu FiMos Kit digunakan bagi memberi latihan kemahiran motor halus kepada kanak-kanak. FiMos Kit menggabungkan kemahiran motor halus di dalam sebuah kotak yang mesra pengguna dan senang dibawa. FiMos Kit akan dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penguasaan kemahiran menulis. FiMos Kit yang menarik dengan pelbagai aktiviti memberi keseronokan kepada kanak-kanak.


Isnin, 16 September 2013

Kaedah Bercerita dengan Skrin-Z






Pamplet Tunas Madani

>

Sukaneka Lestari - 8/7/2013

 1. Sesi Pagi ...antara acara yang dipertandingkan...jalan kaki berikat...


...bawa bola dalam gelung..


..acara kemuncak..berebut gula-gula


 ...antara cikgu-cikgu pelatih yang terlibat...


2. Sesi Petang ... acara rekacipta bahan terbuang bersama ibu bapa... ibu bapa teruja menyiapkan rekacipta masing-masing..


 ....hadiah bagi setiap acara yang dipertandingkan...

Lawatan Sambil Belajar - 25/06/2013


Lawatan sambil belajar menaiki keretapi  dari Tanah Merah ke Tumpat. Murid  tidak sabar untuk menaiki keretapi.


Lepas naik keretapi rombongan murid pergi ke Sri Tujuh Resort di Tumpat dengan manaiki bas yang sedang menunggu di Stesen Keretapi Tumpat. Di sini murid mendapat pengalaman baru menaiki bot mengelilingi Pulau Kambing.


Penat berjalan seharian tiba masa murid membasahkan diri.....seronok main air..

Sabtu, 14 September 2013

Projek Tanam Sawi - 17/7/2013

Hari Pertama- 17/7/2013


Murid-murid begitu teruja menanam sawi.. ada yang tak sabar-sabar nak pegang penyedok...

Hari Ke-4 - 21/7/2013


Anak sawi mulai tumbuh dengan subur.Tiba masa untuk dipindahkan ke dalam bekas.
tugasan baru untuk murid..

Hari Ke-5 - 22/7/2013


Murid mula mengalihkan biji sawi dari tapak semaian ke dalam pasu bunga.