Ahad, 23 Mac 2014

Bantal Emosi

Hasil kerja guru pelatih KDC Kemas Nov2012.. Terima kasih atas sumbangan.

Khamis, 17 Oktober 2013

FiMos Kit..

FIMOS KIT
(Booth No. 38)

Rosemini Abdul Salam
Zanariah Mat Isa
Nor Azizah Mohd Nor
Suzana Mohamed
IPG Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK


Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak seawal persekolahan lagi.  Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan dan jari-jari tangan. Kemahiran motor halus ini melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus ini berkait rapat dengan penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan memberi impak  kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran motor halus melibatkan aktiviti-aktiviti seperti membutang, menzip, menguntai, melipat, mengoyak dan sebagainya. Justeru itu FiMos Kit digunakan bagi memberi latihan kemahiran motor halus kepada kanak-kanak. FiMos Kit menggabungkan kemahiran motor halus di dalam sebuah kotak yang mesra pengguna dan senang dibawa. FiMos Kit akan dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penguasaan kemahiran menulis. FiMos Kit yang menarik dengan pelbagai aktiviti memberi keseronokan kepada kanak-kanak.